Tuesday 7 June 2022

Topic 5 : Pembinaan Peradaban Majmuk di Malaysia

Pembinaan Peradaban Majmuk di Malaysia 


5.1- Sejarah Sosial Pengaruh Peradaban Dunia Dalam Pembinaan Negara Bangsa 

Sejarah Di Alam Melayu peradaban Pribumi Alam Melayu 
-Tamadun yang dibina dan dimiliki oleh masyarakat yang berbudaya Melayu.
-Sosial budaya mereka terdiri daripada pelbagai kumpulan etnik manakala dari segi politik pada masa lampau mereka terdiri daripada pelbagai kerajaan kuno.
-Mereka bertutur dalam keluarga bahasa melayu-indonesia.
-Ciri seterusnya ialah mereka beragama islam.
-Bahasa Melayu menjadi bahasa lingua franca antara orang-orang rumpun Melayu Asia Tenggara berkenaan.
-Kesannya pertembungan dan kemasukan pengaruh asing, masyarakat dan budaya Melayu telah mengalami perubahan khusunya terhadap pengembangan bahasa melayu.
-Imperialisme budaya ini turut berlaku di Alam Melayu yang terkenal sebagai kawasan strategik antara Timur dan Barat, pusat perdagangan entrepot dan aktiviti keagamaan.


Peradaban Asia (India, Cina, Timur Tengah)
-Kedatangan masyarakat India, Cina dan pedagang Arab dari Timur Tengah telah membawa pelbagai adat dan budaya dan pegangan agama.
-Ini merupkan satu keistimewaan yang ada pada negara ini namun perlu diuruskan dengan baik agar keharmonian bangsa dapat dikukuhkan setiap masa.
-Kedatangan orang India dan Cina ke Malaysia adalah hasil usaha pihak penjajahan yang membawa masuk pekerja asing bagi memenuhi keperluan ekonomi.
-Peradaban mereka merupakan waris peradaban asal mereka di negara asal.
-Apabila tiba di Malaysia, mereka bertembung dengan peradaban tempatan termasuk peradaban barat dan melayu.
-Peradaban Asia seperti peradaban India, dan Cina yang ada di Mlaysia masih tidak banyak berubah secara keseluruhannya menurut acuan temparan.
-Dalam aspek keagamaan juga demikian walaupun terdapat dikalangan bangsa India dan Cina yang memeluk agama islam, namun bahasa dan kebudayaan masih diamalkan dalam sebahagian kehidupan mereka.


Peradaban Barat
-Peradaban Barat hasil penjajahan kolonial Barat yang dilalui oleh negara ini.
-Ia tidaklah ketara berlaku memandangkan tempoh kependudukan British dalam negara khususnya dalam rangka sejarah kebudayaan di Nusantara ini tidak lama.
-Pengaruh corak masyarakat kolonial itu meninggalkan satu kesan yang meluas walaupun mungkin tidak mendalam.
-Kedatangan orang Eropah ke Alam Melayu ini telah bermula selepas pertumbuhan peradaban Islam di rantau ini.
-Beberapa kawasan penempatan awal British dapat dilihat melalui peninggalan bangunan bersejarah seperti di Pulau Pinang, Melaka dan Singapura.
-Peradaban Barat  mulai pengaruh kepada penduduk tempatan selepas mencapai kedudukan yang mempunyai prestij di Alam Melayu ini.
-Tanah Melayu khususnya, pengaruh peradaban barat lebih kepada pengaruh bidang material, dan kesannya luaran sahaja.
-Ia banyak mempengaruhi kebudayaan dan intitusi-intitusi sosial sahaja.
-Ajaran Islam tetap menjadi pegangan masyarakat tempatan.
-Pengaruh peradaban Barat di Tanah Melayu dapat dilihat melalui sistem pendidikan, kewujudan masyarakat majmuk.


Peradaban Globalisasi
-Globalisasi menurut kamus Dewan ialah fenomena yang menjadikan dunia kelihatan kecik dari segi perhubungan manusia disebabkan pantasnya perkembangan teknologi maklumat, ia juga merupakan era dunia tanpa sempadan.
-Globalisasi berlaku melalui permodenan dalam pelbagai bidang kehidupan, perkembangan teknologi maklumat dan informasi.
-Seperti komputer dan telefon pintar yang mempunyai talian internet serta penggunaan media sosial yang berleluasa seperti facebook, whatsapp, dan lain-lain.
-Pengaruh yang besar dalam pelbagai aspek kehidupan merentasi bidang politik, ekonomi, sosio-budaya. Termasuk perkembangan bidang ilmu dan pemikiran perkembangan peradaban global ini turut menjadi penyumbang kepada pembetukan peradaban majmuk di Malaysia.

Kebaikan Globalisasi
(a) Peranan pelaburan asing dalam mewujudkan pekerjaan dan mengurangkan kemiskinan di sebilangan negara.
(b) Peningkatan mobiliti sosial dan pengukuhan kelas menengah.
(c) Peluang yang lebih luas untuk mendapatkan maklumat dan menyebarkan ilmu pengetahuan impak daripada teknologi baru komunikasi dan maklumat.
(d) Komunikasi yang lebih mudah dan juga murah.
(e) Peluang lebih luas untuk manzahirkan simpati dan rasa keperimanusiaan mereka terhadap mangsa-mangsa pelbagai jenis bencana alam dan tragedi buatan manusia di seluruh dunia.
(f) Penonjolan idea-idea dan amalan pemerintahan yang baik seperti pertanggungjawaban awam, peraturan undang-undang dan hak-hak asasi manusia.
(g) Penonjolan hak-hak asasi kaum wanita.
                                   
Keburukan Globalisasi
(a) Kualiti alam sekitar yang semakin merosot akibat terlalu mementingkan faktor keuntungan.
(b) Pembangunan yang tidak seimbang dan jurang perbezaan ekonomi yang semakin melebar antara kawasan-kawasan di sesebuah negara dan antara sektor-sektor ekonomi.
(c) Pengabaian keperluan asas hidup di kalangan rakyat termiskin di banyak  negara.
(d) Pembanjiran maklumat yang tidak berguna.
e)Pengantarabangsaan jenayah yang menyukarkan jenayah dibendung

No comments:

Post a Comment

5.4 Kepelbagaian Idea "Bangsa Idaman" dan Perbahasan

  5.4 Kepelbagaian Idea "Bangsa Idaman" dan Perbahasan  “Bangsa idaman” adalah sebuah harapan, sebuah idaman, majalahsebuah impian...