Friday 10 June 2022

5.4 Kepelbagaian Idea "Bangsa Idaman" dan Perbahasan

 5.4 Kepelbagaian Idea "Bangsa Idaman" dan Perbahasan 


“Bangsa idaman” adalah sebuah harapan, sebuah idaman, majalahsebuah impian dalam mencapai perpaduan antara kaum. Bukan mudah untuk membentuk bangsa idaman dalam konteks negara Malaysia yang berbeza agama, bangsa, pemikiran dan budaya. Oleh itu, konsep bangsa idaman di negara ini sentiasa berubah dan bertukar mengikut pemimpin dan kepimpinannya.


5.4.1 Kepelbagaian Idea "Bangsa Idaman"

Menurut Shamsul Ami Baharuddin (2012), pembentukan negara bangsa merupakan
sebuah projek yang sentiasa berlaku, tetapi untuk membentuk sebuah bangsa adalah
mustahil bag Malaysia memandangkan rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai
bangsa, agama dan kepercayaan yang berbeza. Walau bagaimanapun, beberapa
usaha telah dilakukan bag membentuk sebuah bangsa. 

- Pergerakan perjuangan membentuk bangsa idaman di Malaysia
Impian bagi melahirkan konsep negara bangsa ini dipopularkan oleh pemerintah
seperti Lee Kuan Yew semasa Singapura berada dalam Persekutuan Malaysia pada
tahun 1963-1965. Seterusnya, dipopularkan lagi semasa pemerintahan
Jun Dr. Mahathir Mohamad. Selepas itu, beliau terus mempopularkan pembangunan
dan pembentukan negara bangsa dengan memperkenalkan Wawasan 2020, dan
seterusnya Dato' Sri Najib Tun Razak pula memperkenalkan Gagasan 1 Malaysia.
Sabah dan Sarawak pula kemudiannya muncul dengan konsep Sabahan dan
Sarawakian masing-masing, Walau bagaimanapun, konsep tersebut hanya muncul
dalam skala kecil yang hanya tertumpu pada negeri berkenaan dan tidak merangkum
seluruh negara.
          Menurut Shams Ami (2012), pembangunan bangsa selepas PRU14, konsep
bangsa idaman telah diangkat oleh parti politik seperti Bersatu, UMNO dan PAS.
Bagi beliau, kepelbagain dan perbezaan yang wujud antara kaum di negara ini perlu diraikan.


5.4.2 Hagemoni Negara Bangsa Idaman 

Setiap negara di dunia ini pasti mempunyai etos bangsa mereka yang, tersendiri
sebagai sebuah negara yang bermasyarakat majmuk, Malaysia memegang satu
perkara, iaitu etos yang berperanan menyatupadukan seluruh rakyatnya untuk
membentuk negara bangsa yang beridentitikan Malaysia.


5.4.3 Etos Bangsa dari aspek Etnik, Nasional dan Bangsa

Secara amnya, etos merujuk etika, sikap, keperibadian, watak atau karakter, Etos
nasional pula merujuk watak, karakter, sikap, etika, keperibadian dan keyakinan
atas sesuatu perkara yang dapat menggambarkan ciri-ciri semangat yang dikongsi
bersama oleh ahli masyarakat.


5.4.4 Geopolitik Negara dan Perubahan Politik 

> Perkembangan negara bangsa Malaysia :




No comments:

Post a Comment

5.4 Kepelbagaian Idea "Bangsa Idaman" dan Perbahasan

  5.4 Kepelbagaian Idea "Bangsa Idaman" dan Perbahasan  “Bangsa idaman” adalah sebuah harapan, sebuah idaman, majalahsebuah impian...