Thursday 9 June 2022

5.2 KONSEP NEGARA DAN BANGSA

 5.2 Konsep Negara Dan Bangsa


5.2.1 Pengertian Negara 

- Wilayah tertentu yang didiami oleh sesuatu bangsa dan institusi pemerintah yang tertentu.
- Pada awalnya Malaysia dikenali sebagai Persekutuan Tanah Melayu atau Malaya dalam bahasa inggeris akhirnya bertukar kepada Persekutuan Malaysia pada tahun 1963, dan kekal hingga kini dengan kemasukkan Sabah dan Sarawak. 

Konsep Negara




5.2.2 Pengertian Bangsa 
Bangsa merujuk kepada tempat asal lahirnya seseorang individu dan seterusnya membentuk satu kumpulan besar manusia. 



5.2.3 Pembentukan Negara Bangsa 

- Berasaskan 4 faktor : kefahaman sejarah yang bersifat inklusif, pelaku dan penerimaan kesan sosialisasi dan pendidikan, pengaruh kolektif ( kawan, keluarga, organisasi) serta pendedahan media, khususnya media alternatif. 
- Kini negara berhadapan dengan cabaran untuk menerapkan penghayatan kemerdekaan dalam diri generasi yang maju dari sudut teknologi maklumat. 
- Pembentukan negara bangsa dan perpaduan dikaitkan juga sering dikaitkan dengan etnik dan ras.
- Namun begitu kebelakangan ini perpaduan dikaitkan dengan perpaduan wilayah, khususnya dalam kalangan masyarakat Sabah dan Sarawak disebabkan oleh kegusaran masyarakat tentang pembangunan yang dianggap tidak sekata antara Sabah dan Sarawak dengan Semenanjung Malaysia. 
- Perbincangan negara sering dikaitkan dengan isu ekonomi, (Sabah) .

- Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertitah bahawa negara bangsa ialah konsep kenegaraan yang memperoleh pengesahan politik satu entiti bagi satu entiti bagi satu-satu bangsa dalam sesebuah wilayah berdaulat. Baginda bertitah bahawa negara bangsa ialah komuniti politik yang warganya terangkum dalam sebuah wilayah yang mempunyai simbol-simbol kewibawaan yang dijadikan asas untuk mempuk nilai-nilai patriotisme, kebanggaan serta jati diri. 

"Membina negara bangsa merupakan satu proses yang kompleks, proses yang rumit
dan berterusan, semakin bertambah usia negara, warga bagaikan semakin lebih terpisah.
Pelbagai istilah penyatuan diperkenalkan, slogan direka cipta, pelbagai logo dilakar, pelbagai
lirik dikumandangkan, namun masih tidak memperlihatkan impak keberkesanan menurut
yang diimpikan. Malah, slogan ke arah membentuk warga yang bersatu padu dalam
sebuah negara yang merdeka, akhir-akhir in lebih banyak menimbulkan keraguan, lebih
mengundang kontroversi, semakin dipolemikkan, semakin dipolitikkan, perkembangan ini
sangatlah membimbangkan" (Nazrin, 2018)










No comments:

Post a Comment

5.4 Kepelbagaian Idea "Bangsa Idaman" dan Perbahasan

  5.4 Kepelbagaian Idea "Bangsa Idaman" dan Perbahasan  “Bangsa idaman” adalah sebuah harapan, sebuah idaman, majalahsebuah impian...