Thursday 9 June 2022

5.3 KONSEP DAN PEMBENTUKAN NEGARA BANGSA DALAM ACUAN MALAYSIA

5.3 Konsep dan Pembentukan Negara Bangsa dalam acuan Malaysia 


-Pembentukan negara bangsa Malaysia adalah unik jika dibandingkan dengan beberapa negara dunia yang lain. 
-Terdapat beberapa faktor yang periu diambil kira bagi memastikan keterlibatan semua kaum
dalam agenda pembentukan negara bangsa.

5.3.1 Acuan dan Bentuk Negara Bangsa 

Persoalan tentang acuan dan bentuk negara Malaysia sememangnya terbentuk
melalui sejarah yang sudah tercipta. Dalam hal ini kepelbagaian ialah asas kepada
acuan kepada negara Malaysia yang berpaksikan Melayu dan Islam. Oleh itu,
terbentuklah negara Malaysia yang di dalamnya ialah masyarakat majmuk, tetapi
mengguna pakai konsep bangsa Malaysia dan negara Malaysia.

5.3.2 Kewarganegaraan 

-Negara tidak akan wujud tanpa warganegara atau rakyat.
-Hadiah yang tidak ternilai daripada pemerintah ialah hak kewarganegaraan
yang diberikan kepada rakyat atau penduduk negara tersebut. Ada rakyat yang
dibuang kewarganegarnannya dan ada juga yang diusir dari negara sendiri atas
faktor-faktor tertentu. 
-Oleh itu, sebagai seseorang warganegara, kita perlu memelihara Kewarganegaraan dengan menjaga etika dan peradaban masing- masing agar hadiah berharga ini kekal menjadi hak sebagai warganegara.


5.3.3 Naratif Negara Bangsa Malaysia 



5.3.4 Negara Bangsa Malaya - Malaysia Integrasi 

-Pelaksanaan hegemoni politik suatu masa dahulu mengakui kedudukan anak watan dan         menerima komuniti migran yang diberikan kerakyatan. 
-Hal ini dicerminkan dalam Perlembagaan,  iaitu Agama Islam, Melayu, Bahasa Melayu, Raja   dan AKTA 153 kedudukan Melayu dalam negara dijadikan sebagai pasak Perlembagaan.
-Golongan minoriti lain pula diikat di tapak integrasi dengan Yang di-Pertuan Agong (YDPA)   simbol perpaduan negara, Islam agama rasmi Persekutuan tetapi agama-agama lain boleh   diamalkan dengan aman dan damai, Bahasa Melayu ialah Bahasa Kebangsaan dan bahasa   perpaduan, tetapi bahasa ibunda lain boleh dipelajari, dan AKTA 153, YDPA menjamin   kepentingan minoriti lain. 
-Apabila Malaysia dibentuk pada tahun 1963, rakyat Sabah dan Sarawak juga diakui sebagai   bumiputera dan dijadikan sebahagian bangsa Malaysia.


5.3.5 Pembinaan Negara Bangsa - Asimilasi atau Integrasi 

- Dari segi sejarah, pembentukan negara bangsa Malaysia yang bermula sejak negara ini mencapai kemerdekaan.
- Proses integrasi yang berlaku : integrasi politik, ekonomi, dan sosial.
- Dari segi pembinaan bangsa, proses yang terlibat ialah asimilasi. 



> Konsep Integrasi : 



   







No comments:

Post a Comment

5.4 Kepelbagaian Idea "Bangsa Idaman" dan Perbahasan

  5.4 Kepelbagaian Idea "Bangsa Idaman" dan Perbahasan  “Bangsa idaman” adalah sebuah harapan, sebuah idaman, majalahsebuah impian...